Sunday, August 16, 2009

BERPINDAH!

aku berpindah ke


Wednesday, August 12, 2009

semalam, hari ini, esok...

adakah anda sentiasa melihat kepada perubahan? anjakan paradigma? dan revolusi yang berlaku kepada diri sendiri?

adakah anda sentiasa memikirkan setiap perlakuan yang anda lakukan sebenarnya dinilai oleh makhluk yang berada di kanan dan kiri anda?

dan adakah anda sentiasa buat-buat tidak tahu apa tentang kelakuan anda yang mungkin membawa anda ke pintu neraka pada hari kiamat nanti?

banyak sangat yang perlu kita fikirkan.. Allah telah memberikan kita akal untuk berfikir dan kita harus mensyukurinya...

bagaimana??

laksanakan setiap yang disuruh oleh Nya dan jauhi apa yang dilarang olehNya..

Semalam...

aku membuat perkara yang baik

Hari ini...

Aku melaksanakan perkara yang lebih baik!

Esok...

Aku akan pastikan yang aku akan lakukan perkara yang berganda2 baik!

berazamlah menambah pahala dan mengurangkan dosa..

semoga hidup kita di dunia ini membuatkan kita berasa aman di akhirat kelak..

akhir kata.. hendaklah kita menjadi manusia yang sentiasa mendekatkan hatinya kepada Allah.. amin.. ya rabbal alamin..

Cinta Dan Rindu??? Persoalannya pada siapa??




Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.

Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama...

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?

Sebutlah... apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.

Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install') secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Bahkan, pakar-pakar psikologi manusia juga turut mengakui. Manusia sebenarnya mempunyai keinginan kepada suatu kuasa yang dapat mengatasi segala kekurangan dan kelemahan. Ini memang satu naluri yang semulajadi.

Prof Dr Ramachandran dari California University misalnya, telah menemui ‘Titik Tuhan' - ‘God Spot' dalam sistem otak manusia yang sentiasa mencari makna kehidupan - asal-usulnya, apa maksud kedatangannya ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati. Dan di hujung semua persoalan itu pasti manusia akan menemui kewujudan Tuhan. Inilah hakikatnya pencarian dan kembara manusia. Inilah asas segala kerinduan dan cinta!

Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan... maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).

Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina." Al-Mukmin : 60

Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah.

Firman Allah: "Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." Al A'raaf : 180

Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.

Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan' dan ‘percintaan' manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?

Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri.

"Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori... maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten.

Sabda Rasululah: "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."

Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa. Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.

Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah.

Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah - sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.

Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.

Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat' kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!

Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)

Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya... kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.

Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga' atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.

Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita - masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.

Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.

Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu". Riwayat Muslim

Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:
"Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya."

Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah' yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati - riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar - mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.

Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah' itu akan diterima oleh Allah.

Firman Allah: "Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu." Surah Al-Kahfi: 110

Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin - punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.

Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:
"Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan." Surah Al-Ankabut: 45

Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.

Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.

Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah... kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?

Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus'ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah... mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka? Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran." Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya'agal

Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan' kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan' diri kita kepada-Nya.

Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.

Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.

Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Itulah hakikatnya syukur - pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.

Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).


kredit: www.iluvislam.com

http://farm2.static.flickr.com/1388/1051820522_fde160e976.jpg


aSSaLaMUaLaIKUM!

salam sejahterA!! lama sangat tak bukak ini blog ni.. maafkan aku sebb aku tgh kemaskini laman web aku yang rasmi.. maafkan aku sebb dah lama x jumpa kawan2 kat luar sana.. alhamdulillah aku sihat walafiat dan sentiasa rindukan korang semua., hoho.. laman rasmi aku akan keluar x lama lagi.. so, aku harapkan korang dapat doakan aku sentiasa berjaya dalam hidup! peace!

Saturday, July 25, 2009

Adikku dtg Kuala Lumpur

Adik aku yassin datang ke KL untuk main catur peringkat kebangsaan. Tinggal di Service Suit di Cempaka bersebelahan deng menara PGRM.. nak dijadikan cerita.. aku tidak tahu mana terletaknya tempat tinggal tersebut.. memang kelakar.. xjauh pon dari Times Square.. yang aku ikut Cheras.. haha.. berpusing2 aku dibuatnya.. tapi tak mengapa, demi adik, aku laksanakan apa yang patut aku buat sebagai abang yang baik.. cewah! sekarang ni dah 3 perlawanan, dan adik aku baru menang 1.. esok ada lagi 2 maksud aku 26 julai 2009.. hope, lagi 2 perlawanan ni die menang..amin...


p/s: kalau ada masa, jom lawan catur..

credit: http://www.thechesspiece.com/indian/grandmaster_chess_setl600.jpg

Birthday Party!

Pada 18 Julai 2009, aku dan kawan2 menghadiri birthday party Michael di Station 1 Cafe di Jaya One. Ramai gak yang pergi.. Tema gempak abes! uNmAsk thE prOmIsE oF toMorrOw... hahaha..kitorang kene pakai topeng separuh muka tu.. memang best r.. bayar masuk RM23, tapi dapat makan buffet sampai muntah pon bleh makan lagi.. hahaha.. anyway, memang sangat best r kalu birthday aku dapay disambut macam hari tu.. hohoho.. kita tgk gambar k.. seronok gak..

Wednesday, July 22, 2009

Syukur

hye kawan kawan.. alhamdulillah, aku dapat juga penempatan di dalam Universiti Malaya.. ini diatas jasa baik mereka2 yang sentiasa memberi peluang kepada aku ke dalam UM.. hoho.. aku duk di kolej UNGKU AZIZ.. satu kolej dengan hazim, aini, and afif.. hoho.. best2.. selama aku x menulis blog ni, aku banyak g event2 makan seperti BBQ, birthday anwar, michael dan sebgainya.. kelas pon dah start.. n bermulalah azam aku sebagai seorang pelajar.. aku juga sedang menyiapkan apa2 yang patut disiapkan mengenai blog.. hohoho.. aku byk belajar dalam kehidupan ni.. bersyukur sgt2.. sekian untuk kali ini..

Sunday, July 19, 2009

Projek Pengurusan Teknologi-Teknologi Baru

salam sejahtera.. minggu lepas iaitu 15 julai 2009, kami satu kumpulan diberikan tugas untuk membuat satu projek yang berkaitan dengan projek mesra alam.. hui.. banyak gak idea nak buat.. dan aku sendiri mencadangkan kincir air untuk air kumbahan yang terhasil dari rumah flat.. skrg ni pon tgh cari idea untuk buat benda ni... macam mane air dari kumbahan boleh generate electricity.. haha.. mungkin aku perlukan dynamo, motor nak gerak dynamo, lampu.. model rumah pangsa.. aku cari kat youtube.com...









byak idea.. tapi nak wat model die.. huhuhu.. hope berjaya r..

Monday, July 13, 2009

Pengurusan Masa

hye semua... pada mulanya ingin meminta maaf sbb dah lama tidak update blog ni.. sebenarnya, sibuk dengan pendaftaran kolej dan subjek.. pening kepala saya... harap semuanya berjalan lancar.. pada hari ini saya ingin menyampaikan cerita bertajuk "pengurusan masa". antara orang yang berjaya dalam hidupnya adalah mempunyai ciri2 pandai menguruskan masa. ramai antara kita tidak pandai menguruskan masa dengan teratur.. semuanya caca marba.. penjagaan masa yang baik dapat membantu hiduo seseorang ke arah yang lebih baik dan cemerlang. sebagai contoh.. seorang pelajar hendaklah mempunyai tidur 5 jam sehari.

6 hingga 7 pagi: bersiap untuk g kelas atau memulakan kehidupan dengn mengulangkaji pelajaran.
7am till 12pm: waktu belajar.
12pm - 2pm: makan tgh hari, lunch, solat zuhur. pukul
2pm till 6pm: menyambung kerja semula.
6pm-7pmuntuk membasuh baju dan solat asar.
7pm till 8pm. solat magrib..
8pm till12 am: buat kerja sama ada part time atau buat ulangkaji..

sekian....

Monday, June 29, 2009

britain got talent!

hye! korang pernah tahu siaran ala2 akademi fantasia, mentor, iaitu siaran "britain got talent"?? saya pasti ramai tidak mengetahuinya.. di rancangan ini, memperlihat bakat2 semulajadi masyarakat di britain akan bakat mereka yang terpendam.. mula-mula, aku macam x minat.. tapi dengan perasaan ambik tahu saje2 je..aku rasa amat kagum dengan bakat yang mereka ada.. antara mereka yang juara dalam rancangan ini sejak tahun 2007 hingga 2009

2009




2008




2007

antara mereka yang juara dalam rancangan ni..tapi ada lagi sorang yang aku dgr, sngt2 popular, tapi dapat no 2 pada tahun 2009..


haha..byk sangt video takut jem plak.. haha

sekian

Sunday, June 28, 2009

durian..oh..durian




hye! durian merupakan makanan kegemaran setiap orang kat Malaysia.. dan aku juga tidak ketinggalan.. masa aku kat KL susah dak nak cari durian yang sedap.. biasanya dapat yang keras2 isi dia.. (mengkal) bak kata orang jawa.. hohoo.
. ble aku blik johor sejak 2 hari yang lepas, aku dapat merasai syurga nikmat apa itu durian, 4 buju gak aku makan.. haha.. ada lagi kat dapur tu.. betul2 haw liaw! sedap dimakan.. sedap2 makan, aku start rasa panas badan.. haha.. best dapat rasa demam pas makan durian..hoho.. aku rasa itu je yang nak aku cerita.. xda gambar dari aku ari ni atau video secara live aku makan durian.. haha..







sekian

Friday, June 26, 2009

shuffle..oh..shuffle..

korang tahu pasal shuffle?? aktiviti remaja yang seolah2 hip hop..hoho.. aku mcm berminat benda ni.tp aku tgk, yang buat seolah2 jalan di jalan yg licin semuanya kurus2..haha.. aku bukan gemuk, tapi besar sikit dari kurus.. haha.. seronok gak tgk diorng buat..aku pon cuba2 belajar mencari di u-tube..hoho.. aku sediakan pada korang tentang shufflr. dari tutorial ke yang betol2 shuffle..



ini pula yang overall jika dah pakar..



wah..adakah kita leh wat macm ni?? menarik!!

Thursday, June 18, 2009

Belajar Adobe Photoshop

Beginilah hasil karya yang aku buat sendiri.. hui..susah gak benda ni nak baut.. tapi macam dah nampak bakat dalam seni grafik..hehe..semoga hasil ini akan lebih tampak real akan datang.. sudi2 lah datang blog ni dan komen2.. sekarang dah pandai buat grafik.. grafik 4 newbie.. hehe. jumpa lagi!

Saturday, June 13, 2009

Menjana Pendapatan Online

Dalam alam yang penuh dengan teknologi terutamanya di zaman IT ini, ramai yang menggunakan peluang tersebut dengan menjana pendapatan dengan internet. Yang sebenarnya, untuk menjana pendapatan ada pelbagai cara, dan pada zaman ini, seharusnya setiap masyarakat sekurang-kurangnya perlu mengambil tahu tentang selok-belok dalam internet. Tambahan pula, kita adalah generasi yang awal dalam dunia internet. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencari peluang dalam mengenal dunia internet. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mengkaji tenang perkara ini. Mari kita bersama-sama mengetahuinya. Link disini:

http://wangtetikusonline.via.my

Friday, June 12, 2009

Ulasan daripada menonton cerita “DRAG ME TO HELL”

Cerita ni die tak seram sangat, dan mempunyai banyak adegan-adegan suspen..setiap masa, setiap detik.. bagi sesiapa yang ada mengidap sakit hati, confirm jangan tengok. Memang sangat-sangat sakit hati..haha..

Sebenarnya, jalan cerita die sangat bagus dan sangat puas hati walau sakit hati. Haha.. kisah movie ini adalah berkenaan seorang pegawai peminjam bank yang disumpah oleh perempuan tua yang memohon daripada beliau agar dilanjutkan peminjaman wangnya. Atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, pegawai peminjam bank ini tidak dapat meluluskan permohonan perempuan tua tersebut. Akibat daripada itu, pegawai peminjam itu disumpah agar diganggu oleh makhluk syaitan iaitu LAMIA selama 3 hari. Dan pada hari ketiga, pegawai peminjam itu akan dimasukkan ke neraka.

Maka, pegawai itu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan sumpahan itu… selepas itu… aku malas nak bercerita lagi kerana, korang perlu tengok cerita ini. Best gak kalau dapat bawa gf.. confirm makin sayang.. hehe.. semoga cerita tergantung ini membuatkan anada semua menonton movie ini pada satu hari nanti! Cepat!

Hari ini "Drag Me To Hell"


"Drag Me To Hell" cerita yang bakal ku tonton malam ni di Pavilion. Tiket yang berharga Rm 12 membuatkan aku rasa sungguh berbaloi setelah melihat trailer di laman web GSC. hoho. Aku xsabar menontonnya lalu akan aku ceritakan kepada sesiapa sahaja(berlagak) selepas itu. hehe. 
After aku menontonnya, aku akan tuliskan ulasan tentang cerita ini selepas balik dari pavilion.. nantikan..


Saturday, June 6, 2009

Permainan Orang Kaya!

hye kawan2 sekalian.. permainan mempunyai pelbagai bentuk.. permainan boleh dimainkan dalam pelbagai cara.. dan hari ini, 7 jun 2009, aku dan kawan-kawan first time bermain golf! Golf merupakan permainan yang sentiasa dimainkan oleh orang2 yang kaya bagi menghilangkan rasa tension di ofis atau di rumah..kehkeh.. ramai gak yang main.. bermain di UKM bangi, di luar UKM dan bukan dalam UKM.. jom tengok gambar..best sangat2!


Wednesday, May 27, 2009

Pergi Pangkor!

oit semua! 
hah.. nak cerita pada kamu semua tentang pengalaman aku first time g pangkor bersama 40 orang kawan aku.. hui! best sangat pergi ramai-ramai.. macam nak pergi sekali lagi..best2! rombongan ini berlaku pada 16 dan 17 mei 2009.. sabtu dan ahad..sangat2 happening! kami
 bertolak pada pukul 4 pagi ke pangkor menaiki bas yang disediakan.. cakap banyak2 x guna.. aku tunjukkan gambar..








Monday, May 25, 2009

aku di malam D&D

D&D sinonim dengan dinner n dance.. hoho.. masa ini adalah majlis penyampaian kepada mereka yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Majlis tersebut tersangatlah meriah sehingga terbit satu keazaman dalam diri untuk mendapat penghargaan di atas usaha yang dilakukan. Gambar yang dapat disediakan disini:~




mungkin nak tgk keadaan di sana secara ber video.. artis jemputan adalah seperti Jaclyn victor, Sheila Majid..




actually banyak lagi gambar.. mungkin ini dapat memberikan gambaran kepada semua.. jumpa lagi di lain hari..